Bengkel STEM IOT (2 Days)

21 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pihak Nadi Changkat Jering telah mengadakan Bengkel STEM IOT selama 2 hari untuk anak-anak komunti sekitar Changkat Jering dan Taiping. Seramai 5 pelajar sekolah rendah telah menyertai program ini.

Untuk pengetahuan semua, program ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) Changkat Jering kepada masyarakat. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mengajar sains & teknologi kepada pelajar sekolah rendah secara praktikal seterusnya dapat mengisi masa cuti pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Antara aktiviti sepanjang program adalah seperti berikut:
Aktiviti Hari Pertama:
1. STEM Project - Homemade Playdough
2. STEM Project - Eksperimen Ulat Gonggok
3. DIY Handcraft Art - Rabbit Bunny Paper
Aktiviti Hari Kedua:
1. Awareness Talk berkaitan Perkongsian Secara Berlebihan dalam Media Sosial
2. Kahoot Kuiz – Apa itu STEM IOT?
3. Kahoot Quiz – Radas Makmal Sains & Matematik
4. STEM Project – Robotic Hand

Program ini berlangsung 9 pagi sehingga 5 petang, makanan dan minuman turut disediakan oleh pihak NADI Changkat Jering. Sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta setelah tamatnya Bengkel STEM IOT pada hari kedua.

Pihak NADI Changkat Jering mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa kerana memiliki kesedaran tentang pengisian masa lapang untuk perkara-perkara yang berfaedah khususnya pada waktu cuti hujung minggu kepada anak-anak mereka. Tidak lupa juga kepada pelajar terlibat yang komited mengikuti bengkel ini sehingga selesai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali